Rasulullah saw bersabda:
Adakah kalian mahuku beritahu tentang dosa-dosa besar?
Para sahabat menjawab: Mahu Ya Rasululah!
Rasulullah bersabda: Menyengutukan Allah dan derhaka kedua ibu bapa.
Firman Allah dalam AlIsyrak :23-24
Dan Tuhanmu telah memerintahkan kamu supaya jangan menyembah selain Dia,
dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapamu.
Jika salah seorang atau kedua-duanya sampai ke usia lanjut
bersamamu, sekali-kali jangan kamu katakan kepada keduanya
perkataan 'ahh!' dan janganlah kamu membentak mereka
dan ucapkanlah keada mereka perkataan yang mulia.
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh
kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua,
sebagaimana mereka telah mendidik aku sedari kecil"
No comments:
Post a Comment