Pengisian di dalam blog ini adalah hasil kiriman dari rakan-rakan siber yang mengirim artikel melalui facebook dan email.... mana-mana email yg elok dan macam bagus jer untuk dikongsi ... saya pastekan di sini.... Sebahagiannya pula saya salin dari majalah Ilmiah seperti Solusi dan Anis...terutamanya untuk panduan diri ini dan moga pembaca mendapat manafaat sama....InsyaAllah...

Wednesday, February 2, 2011

KE JALAN TUHAN

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,
Berwudhuklah kamu sebelum kamu diwudhukkan,
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan,
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan,
dengan kain kafan yang berwarna putih...
ketika itu tiada guna kamu bersedih...
walau orang dikelilingmu merintih....


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai...
lalu dilaksanakan solat jenazah
dengan empat takbir dan satu salam
berserta Fatihah, selawat dan doa...
sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah...

Tapi apakah empat kali takbir dapat menebus...
segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidupmu
apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud
dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu yg beranggapan demikian
justeru ku menyeru sekelian muslimin muslimat
usunglah dirimu ke tikar Solat
sebelum kamu diusung ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
sebelum kamu diiring ke pusara...
tangisilah dosa-dosamu di dunia
kerana tangisan tak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
dengan panggilan Izrail yang menakutkan
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ianya berguna untuk yang tinggal...
bukan dirimu yang pergi...


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan...
namun ketika istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada
kamu tetap memijak bumi Tuhan...
dan berbumbung langit Tuhan
serta menikmati rezeki Tuhan
justeru bila Dia menyeru...
dambutlah seruanNya sebelum Dia...
memanggilmu buat kali terakhirnya...
ingatlah kamu dahulu hanya
setitis air yg tidak bererti...

Lalu menjadi segumpal darah
lalu menjadi seketul daging
lalu daging membaluti tulang
lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti...

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
yang kalau jatuh ke tanah,
ayam tak kan patuk itik tak kan sudu
tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
yang lebih agung dari malaikat...

Lahirmu bukan di dunia
tapi gunakanlah ia melayar bahtera akhirat...


Sambutlah seruan "haiya 'alas Solaah...
dengan penuh rela dan bersedia
sambutlah 'haiya 'alal Falaah...
Jalan kemenangan akhirat dan dunia...

Ingatlah yg kekal ialah amal
menjadi bakal sepanjang jalan
menjadi teman diperjalanan
guna kembali ke pangkuan Tuhan....

Pada hari itu tiada berguna
harta, tahta dan putera...
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga...
kalau dahi tak pernah mencecah sejadah dunia!!!



No comments:

Post a Comment