Pengisian di dalam blog ini adalah hasil kiriman dari rakan-rakan siber yang mengirim artikel melalui facebook dan email.... mana-mana email yg elok dan macam bagus jer untuk dikongsi ... saya pastekan di sini.... Sebahagiannya pula saya salin dari majalah Ilmiah seperti Solusi dan Anis...terutamanya untuk panduan diri ini dan moga pembaca mendapat manafaat sama....InsyaAllah...

Monday, November 8, 2010

HAJI MABRUR- MIMPI ANEH.....


Diceritakan kepada saya oleh seorang sahabat yg thiqah, bahawa ketika beliau masih belajar di Universiti Islam Madinah, telah berlaku suatu pengalaman yang menarik.

Dalam satu musim Haji, sebagaimana biasa radio negara Arab Saudi membuat program soal jawab agama secara langsung berkenaan permasaalahan yang berkait dengan ibadat haji. Para pemanggil bertanyakan soalan dan dijawab oleh pakar-pakar yg bertugas.

Seorang wanita telahmenelefon dan bertanya : "Tuan Syeikh, saya telah bermimpi suatu mimpi yang ganjil, bolehkah tuan mentafsirkan mimpi saya?".

Ulamak tersebut menjawab: "Kita dalam perbincangan mengenai haji, bukannya mentafsir mimpi. Walaubagaimanapun, sila puan nyatakan apakah mimpi puan itu?"



Wanita itu menyambung:" Saya bermimpi melihat seorang lelaki sedang tawaf mengelilingi Kaabah dalam keadaan telanjang!!".

Ulamak itu terdiam seketika lantas berkata: Sebenarnya, lelaki yg puan lihat itu telah mendapat haji yang mabrur. Dia sedang melakukan tawaf widak sebelum pulang ke kampung halamannya. Saya mentafsirkan demikian kerana Rasulullah saw menyatakan bahawa seorang yang mendapat haji mabrur akan pulang sebagaimana hari ia dilahirkan. Setiap orang dilahirkan dalam keadaan telanjang. Puan tolong sampaikan berita gembira ini kepada lelaki tersebut sekiranya puan mengenalinya. Ini adalah isyarat gembira daripada Allah awt kepadanya".

Lalu wanita itu menjawab spontan dengan penuh emosi: "Demi Allah sheikh, orang yang saya lihat dalam mimpi itu adalah tuan sendiri!!".

Tiba-tiba ulamak tersebut terus sebak dan tidak dapat meneruskan rancangan soal jawab tersebut.



Subhanallah!! Ada manusia yang beroleh nikmat sehebat ini. Keikhlasan dan kesanggupan menjaga tatatertib ibadah yang didasari ilmu serta kefahaman, akhirnya menatijahkan kejayaan dan keindahan bukan sahaja di akhirat tetapi dapat dikecapi sejak di dunia lahi. Ya Allah, kurniakan kami Haji yang mabrur, amin!!!

No comments:

Post a Comment