Pengisian di dalam blog ini adalah hasil kiriman dari rakan-rakan siber yang mengirim artikel melalui facebook dan email.... mana-mana email yg elok dan macam bagus jer untuk dikongsi ... saya pastekan di sini.... Sebahagiannya pula saya salin dari majalah Ilmiah seperti Solusi dan Anis...terutamanya untuk panduan diri ini dan moga pembaca mendapat manafaat sama....InsyaAllah...

Monday, November 29, 2010

cara memberi salam.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer



Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu


oleh Ustaz Abdullah Mahmud.


1. Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila kita ada masa untuk buat benda tak baik tapi takda masa nak buat perkara yang baik

2. Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

3, Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

4. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap wajah ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

5. Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
a. Melihat kaabah sehingga menitis air mata
b. Membaca quran sehingga menitis air mata
c. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

6. 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
a. Anak
b. Ibu
c. Suami

Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami sampai nak bercerai, tengok laa muka dia bila dia sedang tidor, kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai dulu...tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah

7. Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu


8. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

9. Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

10. Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun dah memadai

11. Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

12. Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”
a. “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
b. *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
c. Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan

13. Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

14. Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnail laihirojjiun, ,, then cakap dengan Allah
a. “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
b. “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

15. *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

16. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita yang telah tiada!


17. *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
- Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedih gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

18. Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam next time, kalau dapat sedekah AlFatehah lagi bagus....Assalamualaikum Ya Ahli Kubur AlFatehah....baca dalam hati.... ajarkan kepada anak2.

19. Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

20. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

21. Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang and takde masa jadi Allah hantarkan orang2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

22. *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan! ! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang buat ibu kita bahagia di sana.

23. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

24. *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

25. Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita



Selalu Bergaduh Dengan Ibu

26. Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka

- Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar

- Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan

- Symptom dah terkena saka
a. Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
b. Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
c. Susah nak dapat anak, senang gugur
d. Ada rasa kelibat orang lalu
e. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
f. Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

- 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

- Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

- Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah
- Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

- Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya


Anak Degil
- *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
- Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia



You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Saturday, November 27, 2010

10 WASIAT LUQMAN AL HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA


1. JANGAN MENYEKUTUKAN ALLAH

MENYEKUTUKAN ALLAH MERUPAKAN DOSA PALING BESAR YANG TIDA AKAN MENDAPAT KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH SWT. KITA HENDAKLAH MELETAKKAN PERGANTUNGAN HANYA PADA ALLAH SWT SAHAJA KERANA DIALAH YANG MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA SESUATU DI DUNIA DAN AKHIRAT.


2.BERBUAT BAIK TERHADAP IBU BAPA

PENGORBANAN IBU BAPA TERHADAP ANAK-ANAK TERLALU BANYAK.OLEH ITU SEBAGAI ANAK,HENDAKLAH BERUSAHA MENJADI ANAK YANG DISENANGI DAN SENTIASA MENDOAKAN MEREKA:"WAHAI TUHANKU KASIHANILAH KEDUA IBU BAPAKU SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANIKU SEMASA KECIL.


3.SEDAR AKAN PENGAWASAN ALLAH

ALLAH NAMPAK SETIAP PERKARA YANG BERLAKU WALAU SEKECIL ATAU SEHALUS MANA SEKALIPUN.INGATLAH BAHAWA SETIAP PERBUATAN AKAN DIDEDAHKAN DI AKHIRAT KELAK.ALLAH MENGETAHUI SEGALA-GALANYA KERANA TIDAK ADA AMAL PERBUATAN MANUSIA YANG TERLEPAS DARIPADA PENGAWASAN ALLAH


4.MENDIRIKAN SOLAT

SETIAP MUKALAF WAJIB MENDIRIKAN SOLAT DENGAN SEMPURNA YAKNI DENGAN KHUSYUK KERANA IA DAPAT MENCEGAH SESEORANG ITU DARIPADA MELAKUKAN KEMUNGKARAN. INILAH GOLONGAN ORANG-ORANG YANG BERUNTUNG

DAN BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT.


5.MENYERU BERBUAT KEBAIKAN

TIDAK ADA YANG LEBIH MULIA SELAIN MENGAJAK MANUSIA KEPADA KEBAIKAN. JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH UNTUK BERBUAT KEBAIKAN. DENGAN INI, SEPANJANG HAYAT KITA AKAN TERISI DENGAN KEBAIKAN SEMATA-MATA.


6.MENCEGAH KEMUNGKARAN

KITA HENDAKLAH BERANI MENVEGAH KEMUNGKARAN.ORANG YANG TIDAK MENCEGAH KEMUNGKARAN MERUPAKAN ORANG YANG TIDAK ADA HARGA DIRI DAN AKAN MENDAPAT KUTUKAN DARIPADA ALLAH LANTARAN SIKAP MEREKA ITU.


7.SABAR MENGHADAPI UJIAN HIDUP

KITA WAJIB BERSABAR TERHADAP HAL-HAL YANG MENIMPA KITA. ITU ADALAH TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMPUNYAI KEIMANAN YANG KUAT. KUNCI KEMENANGAN TERHADAP SEGALA TENTANGAN ATAU RINTANGAN ADALAH SABAR.


8.TIDAK BERLAGAK SOMBONG

SIFAT SOMBONG HANYA LAYAK BAGI ALLAH TAPI TIDAK PADA MANUSIA. OLEH ITU ALLAH AMAT MURKA PADA ORANG YANG MENYOMBONG DIRI. SESEORANG YANG SOMBONG AKAN HILANG HARGA DIRINYA DAN RENDAH MARTABATNYA.


9.INGATLAH BAHAWA MANUSIA ITU AKAN MATI.

ORANG YANG CERDIK SENTIASA INGAT AKAN MATI DAN BERSEDIA UNTUKNYA. KITA HENDAKLAH SENTIASA MENGHISAB DIRI DAN BERSEGERA BERTAUBAT APABILA MELAKUKAN DOSA KERANA MATI ITU AKAN DATANG

BILA- BILA MASA SAJA.


10. RENDAHKANLAH SUARAMU.

APABILA BERBICARA, JANGANLAH MENINGGIKAN SUARA. JANGAN SAMPAI ADA ORANG YANG MERASA TERGANGGU DENGAN SUARA KITA. BERBICARALAH DENGAN SUARA YANG SEDAP DIDENGAR DAN DENGAN SUASANA YANG TENANG.

Doa dan zikir moga anak jadi Soleh solehah....


Al-Fatihah 7 kali
Selawat 7 kali
Subhanallah 44 kali
Alhamdulillah 44 kali
Allah hu Akbar 44 kali
Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,
Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,
Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka
dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu.
Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,
lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu
dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.
Amin Ya Rabbalalamin..”

Friday, November 12, 2010

BERSELAWAT UNTUK NABI....

'Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya
berselawat untuk Nabi.
Hai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu untuk Nabi
dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya
.” Surah al-Ahzab 56.
Lihat juga: ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi
menceritakan kepada kami,
Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi –
menceritakan kepada kami,
daripada Ja’far bin Muhammad, daripada
ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah,
ia berkata:
Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan
ibadah haji pada hari Arafah,
saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya;
al Qashwa.

Aku mendengar beliau bersabda:
Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu)
untuk kalian, sepanjang kalian berpegang
teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat,
iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’

Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi,
hadis nombor 3786,
bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.

Thursday, November 11, 2010

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita kaum hawa sila ambil perhatian...


<

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas,

Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan,

maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.


Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,

maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,

maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga

terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,

maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,

walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,

walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,

entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,

maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,

menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg

warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,

maka tolonglah wahai muslimah,

agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki,

ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,

maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,

iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.


Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian

yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun,

pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah,

jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan,

jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai,

perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,

jangan keluar seorang2,

keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya

3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,

mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,

walau muslimah itu telah menutup aurat,

insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,

sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,

dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2

melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..

Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

Tuesday, November 9, 2010

APA HEBATNYA SOLAT DIAWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum agi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

Monday, November 8, 2010

HAJI MABRUR- MIMPI ANEH.....


Diceritakan kepada saya oleh seorang sahabat yg thiqah, bahawa ketika beliau masih belajar di Universiti Islam Madinah, telah berlaku suatu pengalaman yang menarik.

Dalam satu musim Haji, sebagaimana biasa radio negara Arab Saudi membuat program soal jawab agama secara langsung berkenaan permasaalahan yang berkait dengan ibadat haji. Para pemanggil bertanyakan soalan dan dijawab oleh pakar-pakar yg bertugas.

Seorang wanita telahmenelefon dan bertanya : "Tuan Syeikh, saya telah bermimpi suatu mimpi yang ganjil, bolehkah tuan mentafsirkan mimpi saya?".

Ulamak tersebut menjawab: "Kita dalam perbincangan mengenai haji, bukannya mentafsir mimpi. Walaubagaimanapun, sila puan nyatakan apakah mimpi puan itu?"



Wanita itu menyambung:" Saya bermimpi melihat seorang lelaki sedang tawaf mengelilingi Kaabah dalam keadaan telanjang!!".

Ulamak itu terdiam seketika lantas berkata: Sebenarnya, lelaki yg puan lihat itu telah mendapat haji yang mabrur. Dia sedang melakukan tawaf widak sebelum pulang ke kampung halamannya. Saya mentafsirkan demikian kerana Rasulullah saw menyatakan bahawa seorang yang mendapat haji mabrur akan pulang sebagaimana hari ia dilahirkan. Setiap orang dilahirkan dalam keadaan telanjang. Puan tolong sampaikan berita gembira ini kepada lelaki tersebut sekiranya puan mengenalinya. Ini adalah isyarat gembira daripada Allah awt kepadanya".

Lalu wanita itu menjawab spontan dengan penuh emosi: "Demi Allah sheikh, orang yang saya lihat dalam mimpi itu adalah tuan sendiri!!".

Tiba-tiba ulamak tersebut terus sebak dan tidak dapat meneruskan rancangan soal jawab tersebut.



Subhanallah!! Ada manusia yang beroleh nikmat sehebat ini. Keikhlasan dan kesanggupan menjaga tatatertib ibadah yang didasari ilmu serta kefahaman, akhirnya menatijahkan kejayaan dan keindahan bukan sahaja di akhirat tetapi dapat dikecapi sejak di dunia lahi. Ya Allah, kurniakan kami Haji yang mabrur, amin!!!

Wednesday, November 3, 2010

QADA' SOLAT WANITA SELEPAS HAID


Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Tuesday, November 2, 2010

Tazkirah hari ini....


"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

Monday, November 1, 2010

CARA MAKAN RASULULLAH SAW

Gambar hiasan...

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan CUKA bersama IKAN
  • Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

(Sumber petikan dari buku Cara Makan RAsullulah SAW tulisan Prof Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid)

CARA MAKAN


* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 

* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.



Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu':"Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan".


Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.

Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot.


Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.


Gambar sekadar hiasan...


4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).