Pengisian di dalam blog ini adalah hasil kiriman dari rakan-rakan siber yang mengirim artikel melalui facebook dan email.... mana-mana email yg elok dan macam bagus jer untuk dikongsi ... saya pastekan di sini.... Sebahagiannya pula saya salin dari majalah Ilmiah seperti Solusi dan Anis...terutamanya untuk panduan diri ini dan moga pembaca mendapat manafaat sama....InsyaAllah...

Monday, December 31, 2012

Zainab Al Ghazali

Kisah Srikandi Islam.. 







Zainab al-Ghazali dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917, sebelah ayah beliau dari keturunan Umar al-Khattab dan sebelah ibu dari keturunan Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ternyata beliau dari keturunan yang terhormat dan mulia.

Ketika berumur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.
Zainab al-Ghazali sempat berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 dan berjanji menyokongnya dalam perjuangan menegakkan Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid. Zainab Al Ghazali turut bersedih dengan pemergian Hasan Al Banna. Beliau bertekad menyambung perjuangan Hasan Al Banna dan bergabung dengan Ikhwan Muslimin.

Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Zainab al-Ghazali meyakini bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal sosial, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam.

Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggung jawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang.

Perkahwinan pertama Zainab Al Ghazali berakhir dengan perceraian kerana suaminya tidak membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Perkahwinan kali kedua suaminya memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau.

Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) Zainab Al Ghazali mengisahkan bagaimana suaminya walaupun sangat bimbang akan keselamatan diri isterinya namun terus menyokong perjuangan suci itu. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau sibuk dengan perjuangannya.

Tanggungjawab sebagai ketua Muslimat Ikhwan Muslimin dan isteri itu amat berat menyebabkan beliau terpaksa bekerja pada waktu yang panjang di pejabat dan menyertai aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Pada mulanya Zainab Al Ghazali turut menyokong Revolusi 1952 yang menggulingkan Raj Faraouk. Tetapi akhirnya tenyata Ikhwan Muslimin telah dikianati oleh Jamal Abdul Naser. Mereka memperalatkan Ikhwan Muslimin untuk menyokong revolusi tetapi akhirnya rejim Jamal Abdul Naser mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 13 Januari 1954 , beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara. di atas tuduhan gerakan Ikhwan Muslimin sedang merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, Syed Qutb antara tokoh yang sama-sama menjayakan Revolusi 1952 turut ditangkap dan dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.

Apabila Ikhwan Muslimin diharamkan, Zainab Al Ghazali terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.Zainab Al Ghazali berusaha membantu meringankan beban isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan.

Dalam tahun 1962, Zainab Al Ghazali dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara digunakan oleh Zainab Al Ghazali untuk meneruskan gerakan dakwah. Mereka sering mengadakan pertemuan secara rahsia di rumahnya sendiri i ataupun tempat lain.

Rejim Jamal Abdul Naser mula curiga dengan perkumpulan rahsia dan pergerakan wanita itu. Pada tahun 1965, rejim Jamal Abdul Naser mengharamkan Jemaah wanita Ikhwan Muslimin. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, “Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu.”

Kemudian mereka mengheret Zainab Al-Ghazali keluar dari rumah lalu dimasukkan ke dalam kereta lalu dibawa pergi. Presiden Jamal Abdul Naser telah mengarahkan agar Zainab Al Ghazali diseksa dengan penyeksaan yang berat. Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah.

Beliau sering menyebut, " Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung".

Beliau dibicarakan pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Zainab Al Ghazali dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, “Bismillah As-salamu’alaikum.” Kemudian, pintu itu ditutup semula. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku.

Alangkah terperanjatnya aku kerana ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.
Sakit sekali.

Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, “Ya Allah, Ya Allah…” Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku. Saat itu saya berdo’a kepada Allah swt. dengan mengatakan,

“Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!”

Doa tersebut kuucapkan terus menerus, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu.

Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku.

Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Pada tahun 1971 setelah enam tahun merengkok dalam penjara, Zainab Al Ghazali telah dibebaskan setelah Jamal Abdul Nasir meninggal dunia dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan.

Setelah keluar dari penjara Zainab Al Ghazali meneruskan perjuangan mendaulatkan Islam dibumi Mesir. Beliau meninggal dunia pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun.

Al Fatihah

No comments:

Post a Comment