Pelik ya..duit RM 50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik ya..30 minit terasa begitu lama untuk berzikir ,tetapi betapa pendeknya waktu untuk satu cerita komedi.
Pelik ya..betapa lamanya 1 jam berada di masjid,tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.
Pelik ya..tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,dah rasa jemu,tetapi tidak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang 2,3 kali.
Pelik ya..susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.
Pelik ya..kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email mahupun di facebook,tetapi bila mengirim yang berkaitan ibadah,berfikir dua tiga kali..
No comments:
Post a Comment