Ayat dari Surah Insyirah untuk kita jadikan renungan,
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu:
Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman
dan hidayat petunjuk)?
Dan Kami telah meringankan daripadamu:
Bebanmu (menyiarkan Islam);
(Yang memberati tanggunganmu,
(dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu:
Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi
dan berbagai kemuliaan)?
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)
bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan):
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
. Kemudian apabila engkau telah selesai
(daripada sesuatu amal soleh),
maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha
(mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon
(apa yang engkau gemar dan ingini)”.
No comments:
Post a Comment