Pengisian di dalam blog ini adalah hasil kiriman dari rakan-rakan siber yang mengirim artikel melalui facebook dan email.... mana-mana email yg elok dan macam bagus jer untuk dikongsi ... saya pastekan di sini.... Sebahagiannya pula saya salin dari majalah Ilmiah seperti Solusi dan Anis...terutamanya untuk panduan diri ini dan moga pembaca mendapat manafaat sama....InsyaAllah...

Sunday, July 24, 2011

Bestkan jadi seorang ibu....



Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. Selamat mencuba..... .

Janganlar berkecil hati ya....maafkan lahhh


“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused..

Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?

Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo… ook….

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya.

Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Thursday, July 21, 2011

Ramadhan datang lagi...



Sebaik-baik amalan dibulan Ramadhan adalah sebagaimana diriwayat oleh Abu Hurairah r.a:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yg memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah s.w.t. ke atas kami berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka, diikat syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yg lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yg memuliakannya maka akan mendapat kemuliaan daripada Allah"

Tuesday, July 19, 2011

Allah tiada sekutu




Rasululllah saw bersabda yang bermaksud"

Allah berfirman ' Aku tidak memerlukan sekutu.

Sesiapa yang melakukan amalan yang di dalamnya ia

menyengutukan Aku dengan selain-Ku,

maka aku meninggalkannya beserta sekutunya"

Riwayat Muslim

Sunday, July 17, 2011

Sedekah




"Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat

nanti adalah sadekahnya"

HR Ahmad r.a

Friday, July 15, 2011

Ayatul Kursi

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring

di tempat tidurnya,

Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam

kesempitan nescaya Allah

berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."


[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Tuesday, July 12, 2011

Surah Insyirah


Ayat dari Surah Insyirah untuk kita jadikan renungan,

“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu:

Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman

dan hidayat petunjuk)?

Dan Kami telah meringankan daripadamu:

Bebanmu (menyiarkan Islam);

(Yang memberati tanggunganmu,

(dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

Dan Kami telah meninggikan bagimu:

Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi

dan berbagai kemuliaan)?

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu)

bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Sekali lagi ditegaskan):

Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

. Kemudian apabila engkau telah selesai

(daripada sesuatu amal soleh),

maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha

(mengerjakan amal soleh yang lain),

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon

(apa yang engkau gemar dan ingini)”.

Waspadalah....


kata-kata ini perlu diamati secara sungguh-sungguh,

“Berwaspadalah terhadap syaitan

demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu

dalam perkara-perkara besar.

maka berjaga-jagalah supaya kamu

tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil”.

Khutbah terakhir



“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,

menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku

dari mereka yang terus mendengar dariku.

Saksikanlah Ya Allah,

bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu

kepada hamba-hamba-Mu…”.