seorang ulamak
ibn tasawwuf
yang wafat pada 187H
asal dari kufah dan
menetap di mekah
bernama Fadil ibn 'Iyad
:"Meninggalkan 'amal kerana manusia adalah riya',
Ber'amal kerana manusia adalah Syirik.
Ihsan(Ikhlas) itu ialah
Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.
Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.
1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S.W.T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S.W.T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula apabila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S.W.T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S.W.T tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Hal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNya.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'JANGAN' sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S.W.T itu lebih mengetahui.
~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari ALLAH juga tetapi disandarkan kepada kelemahan hambaNya. Bersama-samalah kita ambil pengajaran dari peringatan ini, inshALLAH~
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir
waktu Asar atau
sebelum masuk waktu Maghrib
pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam
pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua.
Dengan sebab membaca doa ini,
Allah ampunkan dosanya setahun"
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib
pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini
kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat
memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.
Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah,
sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu
perlindungan daripada syaitan yang terkutuk,
dari sekalian kroni-kroninya,
tenteranya dan penolongnya.
Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah
yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan
melalaikan dengan perkara yang tidak bermanfaat
daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
amin...