Pengisian di dalam blog ini adalah hasil kiriman dari rakan-rakan siber yang mengirim artikel melalui facebook dan email.... mana-mana email yg elok dan macam bagus jer untuk dikongsi ... saya pastekan di sini.... Sebahagiannya pula saya salin dari majalah Ilmiah seperti Solusi dan Anis...terutamanya untuk panduan diri ini dan moga pembaca mendapat manafaat sama....InsyaAllah...

Tuesday, May 7, 2013

Doa ketika Petir dan Guruh


Daripada ayat Al Quran ini, kita dapati sifat ‘Petir’ (guruh) dan ‘Halilintar’ (kilat) 
yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama. 
Petir ini adalah sebenarnya bertujuan untuk memanah syaitan. 
(sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu’ 13)
.
Pada zaman sebelum Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, syaitan-syaitan 
dapat naik ke arasy untuk mendengar perbualan para malaikat untuk 
mencuri berita setelah mendapat arahan daripada tukang tilik yang mahu
 menilik nasib manusia. Syaitan-syaitan yang cuba naik ke arasy akan 
dipanah petir dan akan mati. Bukan manusia sahaja yang mempunyai 
hayat tetapi syaitan juga sebegitu. Syaitan yang tidak mati apabila 
dipanah petir hanyalah `Azazil.




Apabila Abdullah bin Az Zubair mendengar petir, dia menghentikan perbincangan, kemudian mengucapkan;

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ

‘Subhanalladzi yusabbihur Ro’du bihamdihi wal malaikatu min khiifatih’
(Maha suci Allah yang petir dan para malaikat bertasbih dengan memuji-Nya 
kerana rasa takut kepada-Nya).