Pengisian di dalam blog ini adalah hasil kiriman dari rakan-rakan siber yang mengirim artikel melalui facebook dan email.... mana-mana email yg elok dan macam bagus jer untuk dikongsi ... saya pastekan di sini.... Sebahagiannya pula saya salin dari majalah Ilmiah seperti Solusi dan Anis...terutamanya untuk panduan diri ini dan moga pembaca mendapat manafaat sama....InsyaAllah...

Monday, March 25, 2013

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. 

Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik 
bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau 

orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 

2. Salawat Nabi 10x. 

3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap 
kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. 
Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi 
pada anggota yang kena barah kanser. 
InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 

[82]
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang
 keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang 
Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati 
orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman 
ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” 
yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan
 ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

[83]
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah 
(Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan 
apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), 
sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad 
dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang 
menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

[84]
“Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran 
(Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan),
 supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama 
orang-orang yang soleh”

[85]
Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) 
yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, 
adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.

[86]
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan 
Kami, mereka itulah ahli neraka.

[87]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik 
yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas 
(pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka 
kepada orang-orang yang melampaui batas.

[88]
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal 
lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

[89]
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak 
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan 
sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. 
Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari
 jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu,
 atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. 
Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), 
maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus 
sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu.
 Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya
 (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.

[90]
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi,
 dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, 
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. 
Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

[91]
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan 
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan 
kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang.
 Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang
 keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Surah Al Araf (Ayat 70-81). 


[70]
Mereka berkata: “Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah 
Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk
 nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang 
engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.

[71]
Nabi Hud menjawab: “Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan 
kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai 
nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah 
tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? 
Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang
 yang turut menunggu bersama-sama kamu”.

[72]
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami, 
dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat 
Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.

[73]
Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: 
“Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata 
(mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai 
keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari 
makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; 
(kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[74]
“Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah 
kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu 
mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya 
untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi”.

[75]
Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutus untuk menyampaikannya”.
[76]
Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: “Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya”.

[77]
Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah
 Tuhan mereka, sambil berkata: “Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah
 janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)”
.
[78]
Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka
 mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

[79]
Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: “Wahai kaumku! 
Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi
 nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”
.
[80]
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: 
“Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh 
seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

[81]
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan 
meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.


Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 


 Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 



 Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 


 Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 


 Surah Ghafir (Ayat 67-77). 


Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).



Thursday, March 21, 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W




MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Thursday, March 7, 2013

Jumaat....penghulu hari

Beruntungnya menjadi umat Islam. Betapa besar kasih sayang Allah setiap 

kali hadirnya Jumaat. Selain rahmat, Allah turut menawarkan 

tawaran-tawaran hebat 




1. Jumaat penghulu segala hari.


“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam 


diciptakandan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. 

Pada Jumaat juga kiamat akan 

berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta 

sesuatu daripada Allah 

melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu 


segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Iaitu hari yang

 lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari

 Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang

 dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga 

ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, 

dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan 

kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya

 hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)



2. Membaca Surah Al-Kahfi disinari cahaya dua Jumaat


Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, 


dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)


3. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah memberi rahmat 10 kali


Rasulullah bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada 


malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku 

satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali

 (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


4. Diampuni dosa


“Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan


 solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), 

maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari 

Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)


5. Doa tidak ditolak


Rasulullah bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah 


seorang hamba muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan 

Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” 

(HR Abu Daud)


“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin 


apabila meminta(berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan 

Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya 

daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” 

(Hadis riwayat Tirmizi).



6. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.


Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, 


Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya

 keselamatan.”



7. Diselamatkan daripada fitnah kubur


Rasulullah bersabda, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat


 atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” 

(HR At-Tirmizi)


8. Nabi Adam dicipta dan disingkirkan dari syurga

.
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. 


diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


9. Berlakunya Hari Qiamat.


“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang 


yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan 

permintaannya.”


“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, 


dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan

 tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal

 daripada hari Jumaat.”