Pengisian di dalam blog ini adalah hasil kiriman dari rakan-rakan siber yang mengirim artikel melalui facebook dan email.... mana-mana email yg elok dan macam bagus jer untuk dikongsi ... saya pastekan di sini.... Sebahagiannya pula saya salin dari majalah Ilmiah seperti Solusi dan Anis...terutamanya untuk panduan diri ini dan moga pembaca mendapat manafaat sama....InsyaAllah...

Thursday, January 26, 2012

Ayat pelembut hati....


‎[1] Taa’ Haa.


[2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) 

supaya engkau menanggung kesusahan.


[3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut 

melanggar perintah. Allah


[4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi

 dan langit yang tinggi.


[5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Wednesday, January 25, 2012

Rabi'ul Awal...Rabi'ul Anwar

Rabi'ul Anwar.. Rabi'ul Awal...

Semarakkan rasa cinta dan rindu pada Kekasih kita صلى الله عليه وسلم. 

nama lain bagi rabi'ul awwal bersempena bulan kelahiran Cahaya bagi cahaya-cahaya, 

Nurul Anwar صلى الله عليه وسلم.

Monday, January 23, 2012

Ayat penawar sihir....

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:

” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; 

sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); 

sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

(Yunus: 81)

Saturday, January 21, 2012

Maksud bacaan dalam Solat





Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
 Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, 
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
 Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
 Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya
 dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah


Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
 Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
 Yang menguasai hari pembalasan. 
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. 
Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
 bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, 
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, 
selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan
 aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, 
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. 
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. 
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. 
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi 
bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, 
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. 
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana
 Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. 
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut



Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. 
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
 Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, 
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
 Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. 
Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.



Wednesday, January 18, 2012

Suka sebut tak tahu maknanya....


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA- ramai2

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA- utk lelaki

JAZAKILLAHU KHAIRAN KATHIRA- utk perempuan


Jazakallahu - balasan Allah untuk kamu


khairan - dengan kebaikan

kathira -yang banyak

"moga2 Allah membalasmu dgn kebaikan yang banyak

" masya Allah ^__^



Apa lagi alasan kita......




Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat. »

Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu. » 

Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang. » 

Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai. » 

Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”. » 

Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”. 



Tetapi 


» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.

 » Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.

 » Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.

 » Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.

 » Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.

 » Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. 




Fikir2lah

Tuesday, January 17, 2012

Kita tidur ikut sunnah tak.....

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur,  Allah swt janjikan syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Membaca Tasbih Tahmid dan Takbir @ Tasbih Fatimah

                                   Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.


4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan .


5. Niat untuk bangun Tahajjud. walau tidak terjaga, pun dapat pahala.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Witir 2 rakaat.

7. Maafkan semua orang...terutama suami @ isteri....

8.  Mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

9. Dilarang tidur meniarap terutama lelaki.

10. Tutup aurat ketika tidur




Monday, January 16, 2012

Orang yang bijak.....

Orang yang bijak tahu bila sepatutnya diam dan berhenti bercakap. 

Orang yang beriman hanya bercakap baik atau diam sahaja. 

Orang yang waras hanya bercakap bila perlu. 

Orang yang baik hanya bercakap apa yang dia tahu. 

Orang yang berhikmah hanya bercakap tepat pada "apa", "mengapa", "bila", "di mana" dan "kepada siapa". 

Jadilah orang yg bijak, beriman, waras, baik dan berhikmah.


Bezakan antara "orang bijak yang bercakap" 


dengan "orang yang bijak bercakap". 


Begitu juga bezakan antara "orang pandai yang menulis" 


dengan "orang yang pandai menulis". 





Syed Abdul Kadir Aljoofre


Monday, January 2, 2012

Doa pada hari Jumaat


Drp Muhammad bin Al-Munkadir katanya, aku mendengar Jabir bin Abdullah berkata: 


Aku pernah memperlihatkan doa ini
 (La iLaha iLLa Anta, Ya Hannan Ya Mannan, 
Ya Badi'ussamawaati waL Ardh, Ya DzaL JallaaLi waL Ikraam) 
kpd Rasulullah s.a.w lalu beLiau besabda: 
Sekiranya doa ini digunakan untuk memperoLehi sesuatu yang ada 
di antara Timur dan Barat dalam satu saat dari Hari Jumaat 
nescaya dimakbuLkan oleh ALLAH untuk 
org yg berdoa itu...




IniLah doa Agung di Hari Jumaat...
Maksud doa tersebut 






"Tiada Tuhan yg berhak disembah dgn sebenar melainkan Engkau 
wahai Dzat Yang Maha Penyayang, 
wahai Dzat Yang Maha Pengurnia,

 wahai Dzat Yang Maha Pencipta petala langit dan bumi tanpa contoh, 
wahai Dzat Yang Maha MemiLiki Kebesaran dan KemuLiaan..."

Selepas itu mohonlah hajat yang baik2 terutama hajat yg berkaitan ukhrawi...




 Ameen.