Pengisian di dalam blog ini adalah hasil kiriman dari rakan-rakan siber yang mengirim artikel melalui facebook dan email.... mana-mana email yg elok dan macam bagus jer untuk dikongsi ... saya pastekan di sini.... Sebahagiannya pula saya salin dari majalah Ilmiah seperti Solusi dan Anis...terutamanya untuk panduan diri ini dan moga pembaca mendapat manafaat sama....InsyaAllah...

Monday, March 25, 2013

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. 

Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik 
bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau 

orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 

2. Salawat Nabi 10x. 

3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap 
kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. 
Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi 
pada anggota yang kena barah kanser. 
InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 

[82]
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang
 keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang 
Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati 
orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman 
ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” 
yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan
 ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

[83]
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah 
(Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan 
apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), 
sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad 
dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang 
menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).

[84]
“Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran 
(Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan),
 supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama 
orang-orang yang soleh”

[85]
Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) 
yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, 
adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.

[86]
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan 
Kami, mereka itulah ahli neraka.

[87]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik 
yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas 
(pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka 
kepada orang-orang yang melampaui batas.

[88]
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal 
lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

[89]
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak 
disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan 
sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. 
Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari
 jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu,
 atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. 
Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), 
maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus 
sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu.
 Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya
 (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.

[90]
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi,
 dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, 
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. 
Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

[91]
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan 
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan 
kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang.
 Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang
 keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Surah Al Araf (Ayat 70-81). 


[70]
Mereka berkata: “Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah 
Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk
 nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang 
engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.

[71]
Nabi Hud menjawab: “Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan 
kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai 
nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah 
tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? 
Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang
 yang turut menunggu bersama-sama kamu”.

[72]
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya, dengan rahmat dari Kami, 
dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat 
Kami, dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.

[73]
Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: 
“Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata 
(mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai 
keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari 
makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; 
(kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[74]
“Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah 
kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu 
mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya 
untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi”.

[75]
Ketua-ketua yang sombong takbur dari kaumnya berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya?” Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada apa yang ia diutus untuk menyampaikannya”.
[76]
Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: “Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya”.

[77]
Maka mereka pun menyembelih unta itu, dan mereka menderhaka terhadap perintah
 Tuhan mereka, sambil berkata: “Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah
 janjikan kepada kami, jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)”
.
[78]
Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi, lalu menjadilah mereka
 mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.

[79]
Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: “Wahai kaumku! 
Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku, dan aku telah memberi
 nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat”
.
[80]
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: 
“Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh 
seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?

[81]
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan 
meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”.


Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 


 Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 



 Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 


 Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 


 Surah Ghafir (Ayat 67-77). 


Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).



Thursday, March 21, 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W




MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Thursday, March 7, 2013

Jumaat....penghulu hari

Beruntungnya menjadi umat Islam. Betapa besar kasih sayang Allah setiap 

kali hadirnya Jumaat. Selain rahmat, Allah turut menawarkan 

tawaran-tawaran hebat 




1. Jumaat penghulu segala hari.


“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam 


diciptakandan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. 

Pada Jumaat juga kiamat akan 

berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta 

sesuatu daripada Allah 

melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu 


segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah. Iaitu hari yang

 lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari

 Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang

 dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga 

ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, 

dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan 

kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya

 hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)



2. Membaca Surah Al-Kahfi disinari cahaya dua Jumaat


Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, 


dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)


3. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah memberi rahmat 10 kali


Rasulullah bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada 


malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku 

satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali

 (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)


4. Diampuni dosa


“Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan


 solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), 

maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari 

Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)


5. Doa tidak ditolak


Rasulullah bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah 


seorang hamba muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan 

Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” 

(HR Abu Daud)


“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin 


apabila meminta(berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan 

Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya 

daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” 

(Hadis riwayat Tirmizi).



6. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.


Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, 


Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya

 keselamatan.”



7. Diselamatkan daripada fitnah kubur


Rasulullah bersabda, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat


 atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” 

(HR At-Tirmizi)


8. Nabi Adam dicipta dan disingkirkan dari syurga

.
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. 


diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


9. Berlakunya Hari Qiamat.


“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang 


yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan 

permintaannya.”


“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, 


dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan

 tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal

 daripada hari Jumaat.”





Thursday, January 31, 2013

KISAH NABI SALEH ALAI HIS SALAM



Tsamud adalah nama suatu suku yang oleh sementara ahli sejarah dimasukkan bahagian dari bangsa Arab dan ada pula yang menggolongkan mereka ke dalam bangsa Yahudi. Mereka bertempat tinggal di suatu dataran bernama "Alhijir" terletak antara Hijaz dan Syam yang dahulunya termasuk jajahan dan dikuasai suku Aad yang telah habis binasa disapu angin taufan yang di kirim oleh Allah s.w.t. sebagai pembalasan atas pembangkangan dan pengingkaran mereka terhadap dakwah dan risalah Nabi Hud a.s

Kemakmuran dan kemewahan hidup serta kekayaan alam yang dahulu dimiliki dan dinikmati oleh kaum Aad telah diwarisi oleh kaum Tsamud. Tanah-tanah yang subur yang memberikan hasil berlimpah ruah, binatang-binatang perahan dan lemak yang berkembang biak, kebun-kebun bunga yang indah-indah, bangunan rumah-rumah yang didirikan di atas tanah yang datar dan dipahatnya dari gunung. Semuanya itu menjadikan mereka hidup tenteram ,sejahtera dan bahgia, merasa aman dari segala gangguan alamiah dan bahawa kemewahan hidup mereka akan kekal bagi mereka dan anak keturunan mereka.

Kaum Tsamud tidak mengenal Tuhan. Tuhan mereka adalah berhala-berhala yang mereka sembah dan puja, kepadanya mereka berqurban, tempat mereka minta perlindungan dari segala bala dan musibah dan mengharapkan kebaikan serta kebahagiaan. Mereka tidak dapat melihat atau memikirkan lebih jauh dan apa yang dapat mereka jangkau dengan pancaindera.

Nabi Saleh Berdakwah Kepada Kaum Tsamud


Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya berada dalam kegelapan terus-menerus tanpa diutusnya nabi pesuruh disisi-Nya untuk memberi penerangan dan memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat ke jalan yang benar. Demikian pula Allah s.w.t. tidak akan menurunkan azab dan seksaan kepada suatu umat sebelum mereka diperingatkan dan diberi petunjukkan oleh-Nya dengan perantara seorang yang dipilih untuk menjadi utusan dan rasul-Nya. Sunnatullah ini berlaku pula kepada kaum Tsamud, yang kepada mereka telah diutuskan Nabi Saleh seorang yang telah dipilih-Nya dari suku mereka sendiri, dari keluarga yang terpandang dan dihormati oleh kaumnya, terkenal tangkas, cerdik pandai, rendah hati dan ramah-tamah dalam pergaulan.

Dikenalkan mereka oleh Nabi Saleh kepada Tuhan yang sepatut mereka sembah, Tuhan Allah Yang Maha Esa, yang telah mencipta mereka, menciptakan alam sekitar mereka, menciptakan tanah-tanah yang subur yang menghasilkan bahan-bahan keperluan hidup mereka, mencipta binatang-binatang yang memberi manfaat dan berguna bagi mereka dan dengan demikian memberi kepada mereka kenikmatan dan kemewahan hidup dan kebahagiaan lahir dan batin. Tuhan Yang Esa itulah yang harus mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka pahat sendiri dari batu-batu gunung yang tidak berkuasa memberi sesuatu kepada mereka atau melindungi mereka dari ketakutan dan bahaya.

Nabi Saleh memperingatkan mereka bahawa ia adalah seorang daripada mereka, terjalin antara dirinya dan mereka ikatan keluarga dan darah. Mereka adalah kaumnya dan sanak keluarganya dan dia adalah seketurunan dan sesuku dengan mereka. Ia mengharapkan kebaikan dan kebajikan bagi mereka dan sesekali tidak akan menjerumuskan mereka ke dalam hal-hal yang akan membawa kerugian, kesengsaraan dan kebinasaan bagi mereka. Ia menerangkan kepada mereka bahawa ianya adalah pesuruh dan utusan Allah s.w.t. dan apa yang diajarkan dan didakwahkan kepada mereka adalah amanat Allah s.w.t. yang harus dia sampaikan kepada mereka untuk kebaikan mereka semasa hidup mereka dan sesudah mereka mati di akhirat kelak. 


Ia mengharapkan kaumnya mempertimbangkan dan memikirkan sungguh-sungguh apa yang ia serukan dan anjurkan dan agar mereka segera meninggalkan persembahan kepada berhala-berhala itu dan percaya beriman kepada Allah Yang Maha Esa seraya bertaubat dan mohon ampun kepada-Nya atas dosa dan perbuatan syirik yang selama ini telah mereka lakukan. Allah s.w.t. dekat kepada mereka mendengarkan doa mereka dan memberi ampun kepada yang salah bila dimintanya.

Terperanjatlah kaum Nabi Saleh mendengar seruan dan dakwahnya yang bagi mereka merupakan hal yang baru yang tidak diduga akan datang dari saudara atau anak mereka sendiri. Maka serentak ditolaklah ajakan Nabi Saleh itu seraya berkata mereka kepadanya: "Wahai Saleh! Kami mengenalmu seorang yang pandai, tangkas dan cerdas, fikiranmu tajam dan pendapat serta semua pertimbangan mu selalu tepat. Pada dirimu kami melihat tanda-tanda kebajikan dan sifat-sifat yang terpuji. Kami mengharapkan dari engkau sebetulnya untuk memimpin kami menyelesaikan hal-hal yang rumit yang kami hadapi, memberi petunjuk dalam soal-soal yang gelap bagi kami dan menjadi ikutan dan kepercayaan kami di kala kami menghadapi krisis dan kesusahan. Akan tetapi segala harapan itu menjadi meleset dan kepercayaan kami kepadamu tergelincir hari ini dengan tingkah lakumu dan tindak tandukmu yang menyalahi adat-istiadat dan tatacara hidup kami. Apakah yang engkau serukan kepada kami? Engkau menghendaki agar kami meninggalkan persembahan kami dan nenek moyang kami, persembahan dan agama yang telah menjadi darah daging kami menjadi sebahagian hidup kami sejak kami dilahirkan dan tetap menjadi pegangan untuk selama-lamanya. Kami sesekali tidak akan meninggalkannya kerana seruanmu dan kami tidak akan mengikutimu yang sesat itu. Kami tidak mempercayai cakap-cakap kosongmu bahkan meragukan kenabianmu. Kami tidak akan mendurhakai nenek moyang kami dengan meninggalkan persembahan mereka dan mengikuti jejakmu."

Nabi Saleh memperingatkan mereka agar jangan menentangnya dan agar mengikuti ajakannya beriman kepada Allah s.w.t. yang telah mengurniai mereka rezeki yang luas dan penghidupan yang sejahtera. Diceritakan kepada mereka kisah kaum-kaum yang mendapat seksa dan azab dari Allah s.w.t. kerana menentang rasul-Nya dan mendustakan risalah-Nya. Hal yang serupa itu boleh terjadi di atas mereka jika mereka tidak mahu menerima dakwahnya dan mendengar nasihatnya, yang diberikannya secara ikhlas dan jujur sebagai seorang anggota dari keluarga besar mereka dan yang tidak mengharapkan atau menuntut upah daripada mereka atas usahanya itu. Ia hanya menyampaikan amanat Allah s.w.t. yang ditugaskan kepadanya dan Allah s.w.t.lah yang akan memberinya upah dan ganjaran untuk usahanya memberi pimpinan dan tuntutan kepada mereka.

Sekelompok kecil dari kaum Tsamud yang kebanyakkannya terdiri dari orang-orang yang kedudukan sosial lemah menerima dakwah Nabi Saleh dan beriman kepadanya sedangkan sebahagian yang terbesar terutamanya mereka yang tergolong orang-orang kaya dan berkedudukan tetap berkeras kepala dan menyombongkan diri menolak ajakan Nabi Saleh dan mengingkari kenabiannya dan berkata kepadanya: "Wahai Saleh! Kami kira bahawa engkau telah kerasukan syaitan dan terkena sihir. Engkau telah menjadi gila. Akalmu sudah berubah dan fikiranmu sudah kacau sehingga engkau dengan tidak sedar telah mengeluarkan kata-kata ucapan yang tidak masuk akal dan mungkin engkau sendiri tidak memahaminya. Engkau mengaku bahawa engkau telah diutuskan oleh Tuhanmu sebagai nabi dan rasul-Nya. Apakah kelebihanmu daripada kami semua sehingga engkau dipilih menjadi rasul, padahal ada orang-orang di antara kami yang lebih patut dan lebih cekap untuk menjadi nabi atau rasul drp engkau. Tujuanmu dengan bercakap kosong dan kata-katamu hanyalah untuk mengejar kedudukan dan ingin diangkat menjadi kepala dan pemimpin bagi kaummu. Jika engkau merasa bahawa engkau sihat badan dan sihat fikiran dan mengaku bahawa engkau tidak mempunyai arah dan tujuan yang terselubung dalam dakwahmu itu maka hentikanlah usahamu menyiarkan agama barumu dengan mencerca persembahan kami dan nenek moyangmu sendiri. Kami tidak akan mengikuti jalanmu dan meninggalkan jalan yang telah ditempuh oleh orang-orang tua kami lebih dahulu.

Nabi Saleh menjawab: "Aku telah berulang-ulang mengatakan kepadamu bahawa aku tidak mengharapkan sesuatu apapun daripadamu sebagai imbalan atas usahaku memberi tuntunandan penerangan kepada kamu. Aku tidak mengharapkan upah atau mendambakan pangkat dan kedudukan bagi usahaku ini yang aku lakukan semata-mata atas perintah Allah s.w.t. dan daripada-Nya kelak aku harapkan balasan dan ganjaran untuk itu. Dan bagaimana aku dapat mengikutimu dan menterlantarkan tugas dan amanat Tuhan kepadaku, padahal aku talah memperoleh bukti-bukti yang nyata atas kebenaran dakwahku. 


Janganlah sesekali kamu harapkan bahawa aku akan melanggar perintah Tuhanku dan melalaikan kewajibanku kepada-Nya hanya semata-mata untuk melanjutkan persembahan nenek moyang kami yang bathil itu. Siapakah yang akan melindungiku dari murka dan azab Tuhan jika aku berbuat demikian? Sesungguhnya kamu hanya akan merugikan dan membinasakan aku dengan seruanmu itu."

Setelah gagal dan berhasil menghentikan usaha dakwah Nabi Saleh dan dilihatnya ia bahkan makin giat menarik orang-orang mengikutinya dan berpihak kepadanya para pemimpin dan pemuka kaum Tsamud berusaha hendak membendung arus dakwahnya yang makin lama makin mendpt perhatian terutama dari kalangan bawahan menengah dalam masyarakat. Mereka menentang Nabi Saleh dan untuk membuktikan kebenaran kenabiannya dengan suatu bukti mukjizat dalam bentuk benda atau kejadian luar biasa yang berada di luar kekuasaan manusia.

Allah s.w.t. Memberi Mukjizat Kepada Nabi Saleh a.s.

Nabi Saleh sedar bahawa tentangan kaumnya yang menuntut bukti daripadanya berupa mukjizat itu adalah bertujuan hendak menghilangkan pengaruhnya dan mengikis habis kewibawaannya di mata kaumnya terutama para pengikutnya bila ia gagal memenuhi tentangan dan tuntutan mereka. Nabi Saleh membalas tentangan mereka dengan menuntut janji dengan mereka bila ia berhasil mendatangkan mukjizat yang mereka minta bahawa mereka akan meninggalkan agama dan persembahan mereka dan akan mengikuti Nabi Saleh dan beriman kepadanya.

Sesuai dengan permintaan dan petunjuk pemuka-pemuka kaum Tsamud berdoalah Nabi Saleh memohon kepada Allah s.w.t. agar memberinya suatu mukjizat untuk membuktikan kebenaran risalahnya dan sekaligus mematahkan perlawanan dan tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu. Ia memohon dari Allah s.w.t. dengan kekuasaan-Nya menciptakan seekor unta betina dikeluarkannya dari perut sebuah batu karang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit yang mereka tunjuk.
Maka sejurus kemudian dengan izin Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta terbelahlah batu karang yang ditunjuk itu dan keluar dari perutnya seekor unta betina.

Dengan menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari perut batu besar itu berkatalah Nabi Saleh kepada mereka: "Inilah dia unta Allah s.w.t., janganlah kamu ganggu dan biarkanlah ia mencari makanannya sendiri di atas bumi Allah s.w.t. ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan minum bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahawa Allah s.w.t. akan menurunkan azab-Nya bila kamu sampai mengganggu binatang ini."


Kemudian berkeliaranlah unta di ladang-ladang memakan rumput sesuka hatinya tanpa mendapat gangguan. Dan ketika giliran minumnya tiba pergilah unta itu ke sebuah perigi yang diberi nama perigi unta dan minumlah sepuas hatinya. Dan pada hari-hari giliran unta Nabi Saleh itu datang minum tiada seekor binatang lain berani menghampirinya, hal mana menimbulkan rasa tidak senang pada pemilik-pemilik binatang itu yang makin hari makin merasakan bahawa adanya unta Nabi Saleh di tengah-tengah mereka itu merupakan gangguan laksana duri yang melintang di dalam kerongkong.

Dengan berhasilnya Nabi Saleh mendatangkan mukjizat yang mereka tuntut gagallah para pemuka kaum Tsamud dalam usahanya untuk menjatuhkan kehormatan dan menghilangkan pegaruh Nabi Saleh bahkan sebaliknya telah menambah tebal kepercayaan para pengikutnya dan menghilang banyak keraguan dari kaumnya. Maka dihasutlah oleh mereka pemilik-pemilik ternakan yang merasa jengkel dan tidak senang dengan adanya unta Nabi Saleh yang merajalela di ladang dan kebun-kebun mereka serta ditakuti oleh binatang-binatang peliharaannya.

Unta Nabi Saleh Dibunuh

Persekongkolan diadakan oleh orang-orang dari kaum Tsamud untuk mengatur rancangan pembunuhan unta Nabi Saleh. Dan selagi orang masih dibayangi oleh rasa takut dari azab yang diancam oleh Nabi Saleh bila untanya diganggu di samping adanya dorongan keinginan yang kuat untuk melenyapkan binatang itu dari atas bumi mereka, muncullah tiba-tiba seorang janda bangsawan yang kaya raya menawarkan akan menyerah dirinya kepada siapa yang dapat membunuh unta Saleh. Di samping janda itu ada seorang wanita lain yang mempunyai beberapa puteri cantik-cantik menawarkan akan menghadiahkan salah seorang dari puteri-puterinya kepada orang yang berhasil membunuh unta itu.

Dua macam hadiah yang menggiurkan dari kedua wanita itu di samping hasutan para pemuka Tsamud mengundang dua orang lelaki bernama Mushadda' bin Muharrij dan Gudar bin Salif berkemas-kemas akan melakukan pembunuhan bagi meraih hadiah yang dijanjikan di samping sanjungan dan pujian yang akan diterimanya dari para kafir suku Tsamud bila unta Nabi Saleh telah mati dibunuh. Dengan bantuan tujuh orang lelaki lagi bersembunyilah kumpulan itu di suatu tempat di mana biasanya dilalui oleh unta dalam perjalanannya ke perigi tempat ianya minum. Dan begitu unta yang tidak berdosa itu lalu segeralah dipanah betisnya oleh Musadda' yang disusul oleh Gudar dengan menikamkan pedangnya di perutnya.

Dengan perasaan megah dan bangga pergilah para pembunuh unta itu ke ibu kota menyampaikan berita matinya unta Nabi Saleh yang mendapat sambutan sorak-sorai dan teriakan gembira dari pihak musyrikin seakan-akan mereka kembali dari medan perang dengan membawa kemenangan yang gilang gemilang. Berkata mereka kepada Nabi Saleh: "Wahai Saleh! Untamu telah mati dibunuh, cubalah datangkan akan apa yang engkau katakan dulu akan ancamannya bila unta itu diganggu, jika engkau betul-betul termasuk orang-orang yang terlalu benar dalam kata-katanya."

Nabi Saleh menjawab: "Aku telah peringatkan kamu, bahawa Allah s.w.t. akan menurunkan azab-Nya atas kamu jika kamu mengganggu unta itu. Maka dengan terbunuhnya unta itu maka tunggulah engkau akan tibanya masa azab yang Allah s.w.t. talah janjikan dan telah aku sampaikan kepada kamu. Kamu telah menentang Allah s.w.t.  dan terimalah kelak akibat tentanganmu kepada-Nya. Janji Allah s.w.t. tidak akan meleset. Kamu boleh bersuka ria dan bersenang-senang selama tiga hari ini kemudian terimalah ganjaranmu yang setimpal pada hari keempat. Demikianlah kehendak Allah s.w.t. dan takdir-Nya yang tidak dapat ditunda atau dihalang."

Ada kemungkinan menurut ahli tafsir bahawa Allah s.w.t. melalui rasul-Nya Nabi Saleh memberi waktu tiga hari itu untuk memberi kesempatan, kalau-kalau mereka sedar akan dosanya dan bertaubat minta ampun serta beriman kepada Nabi Saleh kepada risalahnya. Akan tetapi dalam kenyataannya tempoh tiga hari itu bahkan menjadi bahan ejekan kepada Nabi Saleh yang ditentangnya untuk mempercepat datangnya azab itu dan tidak usah ditangguhkan tiga hari lagi.

Turunnya Azab Allah s.w.t. Yang Dijanjikan

Nabi Saleh memberitahu kaumnya bahawa azab Allah s.w.t. yang akan menimpa di atas mereka akan didahului dengan tanda-tanda, iaitu pada hari pertama bila mereka terbangun dari tidurnya akan menemui wajah mereka menjadi kuning dan berubah menjadi merah pada hari kedua dan hitam pada hari ketiga dan pada hari keempat turunlah azab Allah s.w.t. yang pedih. Mendengar ancaman azab yang diberitahukan oleh Nabi Saleh kepada kaumnya kelompok sembilan orang ialah kelompok pembunuh unta merancang pembunuhan atas diri Nabu Saleh mendahului tibanya azab yang diancamkan itu. 


Mereka mengadakan pertemuan rahsia dan bersumpah bersama akan melaksanakan rancangan pembunuhan itu di waktu malam, di saat orang masih tidur nyenyak untuk menghindari tuntutan balas darah oleh keluarga Nabi Saleh, jika diketahui identiti mereka sebagai pembunuhnya. Rancangan mereka ini dirahsiakan sehingga tidak diketahui dan didengar oleh siapa pun kecuali kesembilan orang itu sendiri.

Ketika mereka datang ke tempat Nabi Saleh bagi melaksanakan rancangan jahatnya di malam yang gelap-gulita dan sunyi-senyap berjatuhanlah di atas kepala mereka batu-batu besar yang tidak diketahui dari arah mana datangnya dan yang seketika merebahkan mereka di atas tanah dalam keadaan tidak bernyawa lagi. Demikianlah Allah s.w.t. telah melindingi rasul-Nya dari perbuatan jahat hamba-hamba-Nya yang kafir. Satu hari sebelum hari turunnya azab yang telah ditentukan itu, dengan izin Allah s.w.t. berangkatlah Nabi Saleh bersama para mukminin pengikutnya menuju Ramlah, sebuah tempat di Palestin, meninggalkan Hijir dan penghuninya, kaum Tsamud habis binasa, ditimpa halilintar yang dahsyat beriringan dengan gempa bumi yang mengerikan.

Kisah Nabi Saleh Dalam Al-Quran

Kisah Nabi Saleh diceritakan oleh 72 ayat dalam 11 surah di antaranya surah Al-A'raaf, ayat 73 hingga 79 , surah " Hud " ayat 61 sehingga ayat 68 dan surah " Al-Qamar " ayat 23 sehingga ayat 32.

Pengajaran Dari Kisah Nabi Saleh a.s.

Pengajaran yang menonjol yang dapat dipetik dari kisah Nabi Saleh ini ialah bahawa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok kecil warga masyarakat dapat membinasakan masyarakat itu seluruhnya. Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa, hancur dan bahkan tersapu bersih dari atas bumi kerana dosa dan pelanggaran perintah Allah s.w.t. yang dilakukan oleh beberapa gelintir orang pembunuh unta Nabi Saleh a.s. Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah s.w.t. agar kita melakukan amar makruf nahi mungkar. Kerana dengan melakukan tugas amar makruf nahi mungkar yang menjadi fardu kifayah itu, setidak-tidaknya kalau tidak berhasil mencegah kemungkaran yang terjadi didalam masyarakat dan lindungan kita, kita telah membebaskan diri dari dosa menyetujui atau merestui perbuatan mungkar itu Bersikap pasif acuh tak acuh terhadap maksiat dan kemungkaran yang berlaku di depan mata dapat diertikan sebagai persetujuan dan penyekutuan terhadap perbuatan mungkar itu.